JOM KENALI JENIS CETAKAN SILK SCREEN / SILK SCREEN PRINTING. Secara teorinya, sukar untuk menerangkan maksud silk screen printing dengan perkataan, namun dari segi praktikalnya, seni pencetakkan ini amat mudah dipelajari dan memerlukan modal yang amat kecil untuk dimulakan. Silk Screen atau dalam bahasa Malaysia dipanggil Cetak Saring atau Sablon. Ianya lebih biasa disebut sebagai Silk Screen Printing dalam industri percetakan. Dalam kaedah ini, ia melibatkan beberapa proses yang perlu diikuti dengan teliti untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti dań sesuai untuk baju berkuantiti yang banyak (10+) dan design yang besar. Ketahanan cetakannya juga tahan lama dan berkualiti tinggi.
1. Penghasilan Artwork Grafik / Design
Proses ini melibatkan proses menghasilkan gambar, grafik atau design, kemudian mengasingkan warna dan mencetak gambar/grafik tersebut ke atas kertas filem khas dengan menggunakan printer.
2. Penghasilan Blok
Proses membuat blok mengunakan kayu, besi atau aluminium berbentuk segi empat. Kemudian kain sutera atau mesh dilekatkan dengan tegang ke atas blok tersebut. Selepas itu satu bahan khas disapukan ke atas mesh/kain sutera untuk membentuk satu lapisan. Lapisan tersebut dikeringkan di tempat yang kadar pencahayaan yang minimum.3. Pemindahan imej
Proses memindahkan imej yang telah dicetak pada kertas filem tadi (no. 1), dipindahkan kepada blok dengan proses pendedahan ke atas cahaya secara tertumpu. Setelah itu, blok tadi di cuci menggunakan air untuk melengkapkan proses pemindahan imej.
4. Dye / Dakwat Khas
Proses terakhir adalah menyapu Dye pada blok keatas permukaan baju atau cenderahati. Kemudian dye dikeringkan menggunakan pengering khas. Setelah kering pihak kami biasanya melakukan proses Quality Control. Proses ini dapat mengesan sekiranya terdapat kesalahan atau kecacatan pada hasil cetakan. Proses ini sangat penting sebelum produk melalui proses pembungkusan & penghantaran/penyerahan kepada pelanggan.
Mencetak baju menggunakan kaedah silk screen sangat popular dari dulu hingga sekarang, ini kerana kaedah ini sangat mudah dan murah tanpa perlu bergantung kepada kecanggihan teknologi digital, kaedah silk screen juga sangat popular kerana hasil yang dapat kita perolehi dari kaedah silk screen sangat cantik dan bermutu tinggi. Terdapat beberapa jenis bahan percetakan silk screen yang perlu anda ketahui sebelum belajar mencetak baju menggunakan kaedah silk screen.