Terdapat pelbagai jenis kain yang popular atau biasa digunakan di dalam industri pembuatan Tshirt. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, terdapat pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Berdasarkan pengalaman, lebih 70% pelanggan yang datang ke INDIGO MY T-SHIRT FACTORY tidak tahu jenis kain yang mereka hendak pilih. Adalah menjadi tanggung jawab sosial kami untuk berkongsi maklumat asas berkaitan pekara ini.

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih fabrik yang bersesuaian.

 

Antara yang menjadi persoalan utama adalah berkaitan dengan harga yang berlainan antara jenis pakaian. Jenis kain akan menentukan keselesaan dan kepuasan kepada si pemakai. Selain itu, pelanggan perlu tahu bahawa harga kain untuk membuat Tshirt juga bergantung kepada harga bahan mentah dipasaran. 

 

Pelanggan seharusnya diberikan garis Panduan memilih Kain mengikut kesesuaian bajet dan keperluan.

 

Persoalan lain yang biasa ditimbulkan oleh pelangan kepada kami adalah kenapa kualiti kain berbeza walaupun ia dari material yang sama sebagai contoh “Cotton”. Ia bergantung kepada dari negara mana bahan tersebut dibuat. Kualiti Cotton dari Negara China, India dan Bangladesh adalah berbeza. Jadi adalah tidak pelik sekiranya harga dan ketahanan t-shirt Cotton dari setiap pengeluar adalah berbeza juga.

 

Pemilihan jenis kain yang betul akan menghasilkan kualiti printing dan sulaman yang lebih baik. Sebelum membuat keputusan untuk membuat tempahan Tshirt, adalah lebih baik pelangan berbincang jenis kain dengan syarikat printing terlebih dahulu yang mana hasilnya adalah “ Win-Win Situation”.

 

Antara jenis kain yang biasa digunakan dalam pasaran adalah;

• CVC 40 Double Interlock
• CVC Honey Comb
• CVC Honeycomb Lacoste
• CVC Wafer
• CVC Lacoste
• TC 26
• TC 30
• Fully Comb Woven Collar
• Cotton Round Neck
• 100% Cotton Mini Twill
• 100% Cotton Tubular
• Double Interlock
• 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
• Micro Fibre

 

 

 

Terdapat 5 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian;

 

1. Tetra Cotton (TC 26)

Kain jenis ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Namun kain ini amat luas digunakan sperti baju muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, hari sukan atau hari keluarga. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk mengembang ataupun mengecut atau membesar selepas basuh mahupun kerap memakainya.

Tetra Cotton (TC 26)

2. Cotton 100%

Kain jenis ini pula, adalah kain yang mendapat sambutan paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat mengembang.

cotton 100%

3. CVC/PK/Lacoste

Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC (Tetra Cotton). Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.

CVC/PK/Lacoste

4. Microfiber Eyelet

Kain jenis ini amat selesa dipakai dan kebiasaannya digunakan untuk hari sukan serta aktiviti luar. Kain ini tidak meresap peluh dan cepat kering. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

Microfiber Eyelet

5. Microfiber Interlock

Ia  memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Kain ini lebih tebal, lembut tetapi tidak panas dan harganya sedikit mahal. Biasanya menjadi pilihan pelanggan yang tidak berkira tentang harga dan mementingkan keselesaan serta kualiti.
Microfiber Interlock
Baik, ini adalah sedikit sebanyak perkongsian dari kami buat anda. Semoga perkongsian mengenai Panduan Memilih Kain di atas dapat membantu anda untuk memilih material yang bersesuaian untuk tujuan anda dan mengikut budget anda.